![]() |
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI MAKMUR
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR
LAPORAN
PROJEK
KHAS KURIKULUM
PENILAIAN
GURU & MURID
PROGRAM
TAMAN HERBA BADAN BERUNIFORM
ANJURAN
UNIT
KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAKMUR
TEMPAT
SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI MAKMUR
RUMUSAN
PENILAIAN
Berdasarkan
pemantauan dan penilaian yang telah
dilakukan , terdapat beberapa perkara telah dikenal pasti untuk
dijadikan rujukan untuk menambah baik program Taman Herba Sekolah.
Kekuatan :
1)
Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan mengikut kategori
herba yang dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60
jenis tanaman herba pelbagai kategori.
2)
Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem
pancuran automatik dan sistem fertigasi.
3)
Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti
Taman Herba Pra sekolah dan Taman Herba Pendidikan Khas.
4)
Kerjasama dengan Koperasi Sekolah, Jabatan Pertanian yang
merupakan penyumbang dana kepada program Taman Herba Sekolah.
Kelemahan :
1)
Serangan kerengga di tanaman herba
2)
Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik
dan jarang didapati .
3)
Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
4)
Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih
belum lengkap dan sempurna.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN .
Berdasarkan beberapa
kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah mencadangkan
beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil
tindakan segera , antaranya ialah :
1) Meracun kerengga
2) Membina landskap yang
menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan batu-batu
krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan
Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah
apabila hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman
tidak ceria dan menarik.
3) Memasang label dan
papan tanda kekal dan tahan lama.
4) Membeli pokok-pokok
herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .
5)
Menambah kawasan Taman Herba sebagai kawasan tambahan Taman
Herba Sekolah. Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat
menampung jumlah tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan